semakin aku meniti perjalanan di dunia ini, semakin aku rasa diri aku ini keseorangan..............

Saturday, March 24, 2012

SIFE UKM

SIFE UKM has a common purpose
to become greater than we can imagine
to change community
to change life
to become greater for the future
we give hope
we inspire people
and we transform their life
HOPE..INSPIRE..TRANSFORM..

yeah..itulah moto kami dari kelab SIFE UKM..
sebelum itu, ape itu SIFE????


SIFE or Student In Free Enterprise is an international organization that brings together the top leaders of today and tomorrow to create a better world through the positive power of business. Through projects that improve the lives of people worldwide, the university students, academic professionals, and industry leaders that participate in SIFE are demonstrating that individuals with a knowledge and passion for business can be a powerful force for change..

yup, SIFE ni sebuah kelab berstatus ANTARABANGSA...
terdapat lebih daripada 20 buah negara yang mempunyai organisasi SIFE ini..

tujuan utama kelab SIFE ini adalah untuk membantu membuat kebajikan kepada penduduk-penduduk di seluruh negara tersebut...

seperti di UKM, kami telah menjalankan 3 projek iaitu Hold My Hand, Comet dan Kiosk..

Hold My Hand merupakan projek di mana kami membantu anak-anak yatim Darul Izzah di Bangi untuk mempunyai sumber ekonominya yang sendiri..kami mengajar mereka membuat cup cake dan membantu mereke mencari ruang dan peluang untuk memasarkan produk cup cake mereka tersebut...

Kiosk pula projek dimana kami membuka sebuah gerai jualan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan..kami memberi peluang kepada sesiapa sahaja tidak kira pelajar,kakitangan universiti mahupon orang luar untuk berniaga di kiosk tersebut..segala promosi dan pemasaran akan kami tolong mereka supaya perniagaan mereka berjalan dengan lancar dan mendapat keuntungan yang banyak..

bagi projek Comet ( Community Empower Economic Transformation ) pula,kami telah membuat kerjasama dengan Homestay Pelegong Negeri Sembilan..kami merancang projek melalui pendekatan kebudayaan dan pelancongan yang diunjurkan dalam masyarakat Kampung Ulu Pelegong untuk meningkatkan kualiti dan taraf hidup masyarakat..
kami juga mensasarkan untuk membantu masyarakat kampung bagi mengembangkan lagi perusahaan mereka dengan melakukan penambahbaikan dalam sistem yang sedia ada disamping mengatasi beberapa kelemahan yang ada di sana...bagi projek COMET nih, saya telah diberikan amanah serta tanggungjawab sebagai Project Manager.. jadi,adalah dalam tanggungjawab saya untuk memajukan lagi Homestay Pelegong tersebut dan menjadikan homestay ini terkenal di seluruh negara...

ini antara gambar-gambar program terbaru kami (23,24/3/2012) di Homestay Pelegong..kami telah mengadakan kelas Bahasa Inggeris di sana bagi membantu penduduk setempat agar dapat memahami dan bertutur dalam bahasa antarabangsa tersebut dengan lebih baik...

sebelum bertolak ke sana...
wajah-wajah SIFER yang akan conduct kelas BI...
di hadapan balai raya...
sesi bersama remaja...
barisan SIFEr@cikgu BI..
sesi bersama kanak-kanak...

kalau korang semue nak tahu la..kami bukan sekadar buat projek dan habes begitu sahaja..sebenarnye projek kami ini akan di pertandingkan ke peringkat kebangsaan..dan jika kami berjaya memenangi pertandingan di peringkat kebangsaan, insyaALLAH kami akan mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa di Washington D.C!!! jadi korang semue, doakan kejayaan kami!!!

ni saya sertakan sekali video pertandingan SIFE peringkat antarabangsa pada tahun lepas dimana Malaysia telah menjadi tuan rumah...










No comments:

Post a Comment