semakin aku meniti perjalanan di dunia ini, semakin aku rasa diri aku ini keseorangan..............

Tuesday, January 25, 2011

UNTUKMU RATUKU

Ratuku..
ingin ku luahkan apa yang sudah lama ingin ku luahkan..
tentang kebimbanganku ini tatkala melihat bunga-bunga berguguran..
dipetik tangan-tangan yang ganas
lagi bernafsu serakah..

Ratuku..
kebimbanganku ini masih menebal..
apabila ku dengar dengungan kumbang perosak..
yang cuba menyedut madumu walau tanpa relamu..

Ratuku..
kebimbanganku bertambah lagi..
bilaku melihat bunga yang tidak segan silu..
menampiaskan kecantikannya ketika sedang mekar..
melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya..

Ratuku..
aku masih terpinga-pinga..
masih wujudkah lagi ratu idaman hatiku..
kerana apa yang ku lihat hari ini..
semakin banyak bunga-bunga gugur..
bagaikan tibanya musim luruh..

Ratuku..
bukanlah ku harap kau segigih Siti Hawa..
yang berlari-lari antara Safa dan Marwa..
bukan juga sesetia Ainul Mardhiyah..
menanti kekasih di pintu syurga..

Ratuku..
akuilah hakikat yang tersurat..
engkau bukanlah Siti Khadijah mahupun Siti Fatimah..
engkau bukan Aisyah..
bukan juga Rabiatul Adawiyyah..
wanita suci terpuji..
kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa..
cukuplah sekadar kau cuba mencontohi bunga-bunga itu..
kembang mekar mewangi..
sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga..
jangan kau risau ratuku..kadangkala musim berganti..
sehingga bunga tidak dapat berkembang mekar..
tapi itu hanya ujian buatmu..

Ratuku..
esok musim bunga pasti akan tiba..
dan kau akan mampu berkembang lagi..
cuma yang ku harapkan ketika itu..
kau jaga kelopakmu itu..
jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi..
jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu..
jangan biarkan gagak-gagak hitam itu merosakkan serimu..
kerana kau ratu idaman kalbu..

Ratuku..
aku bukanlah memandang kecantikanmu..
walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya..
tapi bukan itu yang ku harapkan..
aku yakin ratuku..
masih ada sinar harapan..
yang bisa membuatku tersenyum lega..
kerana telah ku temui..
ratu yang benar-benar ratuku..

1 comment:

  1. Hebatkan mereka...
    Kami doakan JAKSA KTHO juga mampu melakukan perkara yg lebih baik drp MPP UPM 2002.

    P/S - Rasanya dalam video ratuku, 2 ayat terakhir berbunyi, "AKAN kutemui ratu yg benar2 ratu"..

    PC Zubair dah jumpa ea... hehe..okay...sekadar gurauan. Nice blog!

    ReplyDelete