semakin aku meniti perjalanan di dunia ini, semakin aku rasa diri aku ini keseorangan..............

Monday, November 29, 2010

Pasrah Segalanya

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

Monday, November 22, 2010

Empat Tanda Taubat Diterima ALLAH

"Tanda taubat seorang hamba itu diterima ALLAH ada empat. Tanda itu adalah:"

  1. Putus hubungan dengan orang yang tidak baik (jahat) dan mereka kemudiannya bersahabat dengan orang soleh.
  2. Menghentikan maksiat sebaliknya rajin melakukan ketaatan terhadap perintah ALLAH.
  3. Hilang rasa kesenangan dunia di hatinya, sebaliknya sering mengingati kesusahan di akhirat kelak.
  4. Percaya terhadap jaminan ALLAH berkaitan rezeki, lalu sibuk mengerjakan perintah ALLAH.
"Manakala sifat orang yang mengenali ALLAH itu ada enam:"

  1. Jika seseorang itu ingat kepada ALLAH, dia akan berbangga.
  2. Jika dia ingat kepada dirinya, dia akan merendah diri.
  3. Jika dia melihat ayat ALLAH (al-Quran), dia akan mengambil iktibar.
  4. Jika dia ingin melakukan maksiat, maka dia akan menahan diri.
  5. Jika dia ingat kemaafan ALLAH, dia akan gembira.
  6. Jika dia ingat akan dosanya, dia akan terus memohon keampunan ALLAH.

Friday, November 19, 2010

Aidil Adha di perantauan

thon ni,,rye kt joho..bjauhan drpd kuarge tercinte di selangor,,,xpe2,,pngalaman sume ni mgajar ak tok jd lbih tabah n berushe lbih kuat tok bjaya kt cni,dlm pelajarn ak,,bia mereke bngge dgn ak,,SEMANGAT.. syahdu btol ble dgr tkbr rye,,wlupon ak braye kt rmh kwn ak..perasaan xtaw gmbre ke sdeh,,tp overall..sonok r..

Saturday, November 13, 2010

Cuti Semester 1

cuti sem 1 kmj ak mmg syiok..ak,aidil,mamat n jep tlah organize bbrape aktvt pengisian..hehe,,mule2 hr ptame,,trpakse mredah hujan lebat tok smpi ke dstnasi..sesmpai je ktorg lpak kt rmh nek aidil..pas2 xtvt ptame g cc sg nibong..men cs kne titik dgn jep..sdeh,,pas2 ptg men bdmntn kt dwn sri makmur,,kne titik lg dgn jep,,xpe2,,hr 2 hr dy,,ptg lpak rmh mamat,,mlm lpak cc sbk smpi kol 11.30..tyme nk blk,rmh nek aidil da tkunci,trpkse brpth blk ke rmh mamat..haha,,hr kdue pg ktorg g mancing kt tp sawah,,btape xcitednye dpt msok swh,,johan lak mancing..haha..(wlupn dpt ikan puyu je)..xpuas hti,,ktorg bkubang kt parit 2..tga syok ad lak shbt ni dtg,,sgan gler r..haha..ptg djmput oleh dak2 skola jep g smbot bedey kwn dorg kt kfc,,mcm pndtang asing gak r kt sane,,tp mmg bes..mlm 2 xde xtvt sbb tdo awal..soknye dpt souvenier dr shbt bru yg bes,,betuahnyer..haha..lpas 2, lpas gram kt cc dgn mamat n aidil..lawak tgk mamat tertekan men gem..ptg lpas asar btolak blk rmh..sdeh..hrp2 len kali dpt bcuti kt c2 lg dgn kwn2..


antare gmbr xtvt ktorg:







Pesanan Buat Wanita Islam....

Bersabarlah Menghadapi Ujian


Hidup di dunia tidak lepas dari ujian dan dugaan dari Allah. Itu sudah menjadi rencah kehidupan manusia. Ada dua jenis bentuk ujian buat manusia, ujian dalam bentuk kesenangan dan ujian dalam bentuk kesusahan.
Cuma, acapkali apabila disebut ujian Allah maka rata-rata manusia beranggapan ujian itu adalah dalam bentuk bala dan musibah. Ramai yang lupa akan ujian kesenangan yang datang dalam pelbagai bentuk kekayaan, kekuasaan, kesihatan dan bermacam-macam lagi.
Bahkan ujian kesenangan sebenarnya lebih sukar kerana kebiasaannya manusia itu lupa kepada Tuhan tatkala dirinya mengecapi pelbagai kesenangan hidup. Apabila ditimpa kesusahan, kebanyakan manusia akan kembali menyeru Tuhannya.
Mengenai ujian kesusahan, firman Allah di dalam Surah al-Baqarah:
[155] Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
[156] (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
[157] Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.
Maka antara ujian yang datang daripada Allah itu ialah timbulnya perasaan takut di hati, kelaparan, hilangnya harta benda, tanaman dan orang yang disayangi. Kebiasaannya apabila manusia ditimpa musibah, pastinya mereka akan berada dalam keadaan sedih, dukacita dan gusar. Tetapi manusia yang bersabar menghadapi ujian akan menerima khabar gembira.
Ciri Manusia Yang Sabar
Manusia yang sabar ialah mereka yang apabila ditimpa kesusahan akan segera ingat kepada Allah, dengan berkata, "Inna lillah wa inna ilayhi raji'un," bahawa hidup kita ini secara keseluruhannya adalah hak milik mutlak Allah - apa sahaja yang kita miliki, baik harta, kuasa, bahkan nyawa kita dan orang-orang yang kita sayangi kesemuanya adalah hak milik Allah. Maka pastinya Allah berkuasa melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya ke atas segala yang dimiliki-Nya, dan akan tiba masa dan ketika di mana kesemuanya akan dikembalikan kepada-Nya.
Para 'ulama mengingatkan bahawa sabar itu mestilah berlaku pada pukulan pertama, iaitu ketika mula-mula musibah melanda. Bukannya seperti kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Manusia apabila mula-mula ditimpa musibah, ramai yang akan cepat melatah dan tidak redha dengan ketentuan tersebut. Setelah keadaan reda sedikit dan dia mula sedar bahawa dia tidak memiliki jalan keluar, barulah dia akan mula insaf, redha kepada ketentuan Tuhan dan berkata, "Sabar sahajalah, nak buat macam mana lagi..."
Itu bukanlah konsep sabar yang sebenar. Sabar yang sebenar ialah pada detik pertama musibah melanda, lantas manusia yang bersabar terus redha dengan ketentuan Allah tanpa sedikit pun timbul rasa kecewa atau penyesalan. Mereka inilah yang akan mendapat khabar gembira tersebut walaupun dilanda kesusahan.
Apa pula bentuk khabar gembira itu? Pertama khabar gembira itu datang dalam bentuk selawat daripada Allah, iaitu mendapat keberkatan daripada Allah dan keampunan dari dosa-dosa.
Kemudian datang pula rahmat Allah melimpahi mereka. Sa'id ibn Jubayr rahimahullah, seorang tokoh Tabi'in mengatakan bahawa rahmat itu ialah pelindung daripada siksa azab neraka. Dan akhirnya mereka adalah orang yang benar-benar mendapat petunjuk daripada Allah. Orang yang mendapat petunjuk pula akan mendapat ganjaran yang banyak kerana mereka mengikut petunjuk Allah.

Assalamualaikum...

akhrnya stlah menempuhi plbagai kesukaran dlm mghasilkan blog ini, maka trhasillah blog ini..hehe..sy org bru di sini,,jd sgala tunjuk ajar kalian amat diperlukan,,trima kasih..