semakin aku meniti perjalanan di dunia ini, semakin aku rasa diri aku ini keseorangan..............

Monday, May 28, 2012

Pulau pemanggil..

bertarikh 17 hingge 20 haribulan 5 yg lepas..aku telah mengikuti satu kursus kepimpinan di Pulau Pemanggil, Mersing Johor.. satu pengalaman yang sangat menarik yang dapat aku rasai di sana...berikut merupakan jadual aku di sana...

khamis, 17/5/2012

bertolak dari UKM pada jam 11.30pm...

jumaat, 18/6/2012

setelah mengharungi lebih kurang 6 jam perjalanan, akhirnya kami tiba di jeti mersing pada jam 5.30 pagi..kami semua bersarapan pagi dan solat subuh..tepat jam 6.50 pagi, kami menaiki bot dan bertolak ke Pulau Pemanggil. perjalanan kami mengambil masa dalam 3 jam dan pengalaman menaiki bot memang sangat owsem. di tengah lautan, bot kami bergoyang-goyang di pukul ombak. satu pengalaman yang menyeronokkan..kami juga dapat melihat matahari terbit di tengah lautan..sangat indah panorama tersebut..

tepat jam 10.30 pagi kami tiba di jeti Pulau Pemanggil..setibanya kami di sana, kami di sambut dengan ramah oleh penduduk pulau tersebut..kami mendaftar bilik dan mengemas barang semuanya sekali..pada jam 12 ptg, telah di adakan sesi taklimat program sepanjang kami di sana..jam 2 ptg pula ade sesi membuat sasaran kerja tahunan bagi sesi 2012/2013.. bukanlah lame sangat pon..dan tepat jam 4 ptg, kami dengan eksaitednye telah menyewa alatan untuk snorkling dan bersnorkeling di pantai yang indah tersebut..hihihi...


pada waktu malam lak kami ade pembentangan sasaran yang da dibincangkan ptg tadinye..tp kol 9.30 mlm je da habes..lepas tu kami berkaraoke di pulau sehinggela jam 12 pagi..hahaha...

sabtu, 19/5/2012

kami bangun dan bersarapan pada jam 8 pagi..dan aktiviti pertama kami hari itu, SNORKELING!!!!!!!! 
hahaha..kali ni pot lagi cantek dan permandangan lagi indah..series sangat terpegun dengan keindahan tersebut...


kol 2 ptg lak satu lagi perbincangan yang kami buat tok membuat takwin program sepanjang sesi pengajian 2012/2013..dan ptg tu lak mcm biase la..mandi laut..kahkahkah..tp ptg tu kami bermain bolasepak pantai..sangat fun..


pada watu malam lak kami ade pembentangan takwim tersebut..dan selepas itu,, bbQ!!! sume fresh dari laot..ketam, sotong dan ikan..ade la gak ayam..sangat sedap!!!!!!! 


selepas bbQ tgok final piale FA kelantan lwn sime darby..hahaha..kelantan menang weyy.. lepastu mcm semalamnye, karaoke sampai hilang suare..(sbb ade org belanje..) kihkihkih..

ahad, 20/5/2012

hari terakhir kami di pulau..kami telah dibawa mengelilingi pulau menaiki bot bagi meninjau keindahan sekitar pulau.. subhanallah,,, memang cantik permandangan tersebut..kami juga bernyanyi beramai-ramai di atas bot..haha..tepat jam 1.00pm kami pon bertolak pulang ke tanah semenanjung meninggalkan keindahan Pulau Pemanggil tersebut..sayu dan berat hati ini meninggalkan tempat yang sangat indah tersebut..pada jam 4.45pm kami selamat tiba di jeti mersing dan kami bertolak pulang ke ukm pada jam 6.50 petang dan juga kami selamat sampai di ukm pada jam 12.40 pagi isnin...


p/s : maaf xdapat upload gamba banyak2 sebab line wifi sangat perlahan..kalau nak tengok banyak2, tengok kat album saye dekat fb...




v(^_^)v



2 comments: