semakin aku meniti perjalanan di dunia ini, semakin aku rasa diri aku ini keseorangan..............

Tuesday, January 25, 2011

UNTUKMU RATUKU

Ratuku..
ingin ku luahkan apa yang sudah lama ingin ku luahkan..
tentang kebimbanganku ini tatkala melihat bunga-bunga berguguran..
dipetik tangan-tangan yang ganas
lagi bernafsu serakah..

Ratuku..
kebimbanganku ini masih menebal..
apabila ku dengar dengungan kumbang perosak..
yang cuba menyedut madumu walau tanpa relamu..

Ratuku..
kebimbanganku bertambah lagi..
bilaku melihat bunga yang tidak segan silu..
menampiaskan kecantikannya ketika sedang mekar..
melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya..

Ratuku..
aku masih terpinga-pinga..
masih wujudkah lagi ratu idaman hatiku..
kerana apa yang ku lihat hari ini..
semakin banyak bunga-bunga gugur..
bagaikan tibanya musim luruh..

Ratuku..
bukanlah ku harap kau segigih Siti Hawa..
yang berlari-lari antara Safa dan Marwa..
bukan juga sesetia Ainul Mardhiyah..
menanti kekasih di pintu syurga..

Ratuku..
akuilah hakikat yang tersurat..
engkau bukanlah Siti Khadijah mahupun Siti Fatimah..
engkau bukan Aisyah..
bukan juga Rabiatul Adawiyyah..
wanita suci terpuji..
kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa..
cukuplah sekadar kau cuba mencontohi bunga-bunga itu..
kembang mekar mewangi..
sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga..
jangan kau risau ratuku..kadangkala musim berganti..
sehingga bunga tidak dapat berkembang mekar..
tapi itu hanya ujian buatmu..

Ratuku..
esok musim bunga pasti akan tiba..
dan kau akan mampu berkembang lagi..
cuma yang ku harapkan ketika itu..
kau jaga kelopakmu itu..
jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi..
jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu..
jangan biarkan gagak-gagak hitam itu merosakkan serimu..
kerana kau ratu idaman kalbu..

Ratuku..
aku bukanlah memandang kecantikanmu..
walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya..
tapi bukan itu yang ku harapkan..
aku yakin ratuku..
masih ada sinar harapan..
yang bisa membuatku tersenyum lega..
kerana telah ku temui..
ratu yang benar-benar ratuku..

Monday, January 10, 2011

Ciri-ciri Lelaki Soleh Seperti Yang Dimaksudkan oleh Al-Quran dan Al-Hadis

  1. sentiasa taat kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya.
  2. jihad fisabilillah adalah matlamat hidupnya.
  3. mati syahid adalah cita-cita hidup yang tertinggi.
  4. sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah S.W.T.
  5. ikhlas dalam beramal.
  6. kampung akhirat menjadi tumpuan utama hidupnya.
  7. sangat takut kepada ujian Allah dan ancamannya.
  8. selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
  9. zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
  10. solat malam menjadi kebiasaannya.
  11. tawakkal penuh kepada Allah Taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah semata-mata.
  12. selalu berinfak sama ada ketika dalam keadaan lapang mahupun sempit.
  13. menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah antara mereka.
  14. sangat kuat amar makruf dan nahi mungkarnya, iaitu mengajak ke arah kebaikan, dan mencegah perbuatan mungkar.
  15. sangat kuat memegang amanah,janji dan rahsia.
  16. seorang pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan manusia, sentiasa saling mengingatkan antara sesama saudara dan tawaduk kepada Allah S.W.T.
  17. memberi kasih sayang kepada keluarga.

Friday, January 7, 2011

KISAH NABI SULAIMAN A.S DENGAN KUBAH AJAIB

Pada suatu hari Nabi Allah Sulaiman telah menerima wahyu daripada Allah supaya pergi ke tepi pantai untuk menyaksikan suatu benda yang ajaib yang akan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman. Setelah bersiap sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi pantai yang di nyatakan di dalam wahyu. Baginda di iringi oleh kaum jin, manusia dan binatang.

Setibanya di pantai, Nabi Sulaiman terus mengintai-ngintai untuk mencari sesuatu seperti yang dikatakan oleh Allah. Setelah lama mencari ,baginda belum lagi menjumpai apa-apa. Kata salah seorang daripada mereka "Mungkin tersalah tempat". Tetapi baginda menjawab "Tidak, di sinilah tempatnya". Nabi Sulaiman mengarahkan Jin Ifrit supaya menyelam ke dalam laut untuk meninjau apa-apa yang pelik atau ajaib. Jin Ifrit menyelam agak lama juga barulah ia kembali kepada Nabi Sulaiman dan memaklumkan bahawa dia tidak menjumpai apa-apa benda yang ajaib. Tanya Nabi Sulaiman "Apakah kamu menyelam sehingga dasar laut" Jawab Jin Ifrit "Tidak". Nabi Sulaiman pun mengarahkan Jin Ifrit yang kedua supaya menyelam sehingga ke dasar laut. Setelah puas menyelam dan mencari benda-benda yang di katakan oleh Nabi Sulaiman, Jin Ifrit yang kedua juga tidak menjumpai apa-apa yang ajaib dan ia melaporkan kepada Nabi Sulaiman.

Perdana Menterinya yang bernama Asif bin Barkhiya telah berbisik ke telinga Nabi Sulaiman dan memohon kebenaran untuk menolongnya. Setelah mendapat izin Nabi Sulaiman, dia membaca sesuatu dan terus menyelam ke dalam laut. Tidak lama kemudian Asif menjumpai sebuah kubah yang sangat cantik. Kubah tersebut mempunyai empat penjuru, setiap penjuru mempunyai pintu. Pintu pertama diperbuat daripada mutiara, pintu kedua diperbuat daripada zamrud berwarna merah, pintu ketiga diperbuat daripada jauhar dan pintu keempat diperbuat daripada zabarjad. Pintu-pintu tersebut terbuka luas, tetapi yang peliknya air tidak masuk ke dalam kubah tersebut walaupun pintunya terbuka luas.

Dengan kuasa yang diberikan oleh Allah, Asif dapat membawa kubah tersebut naik ke darat dan diletakkan di hadapan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman melihat kubah tersebut dengan penuh takjub di atas kebesaran Allah. Baginda berangkat untuk melihat kubah tersebut, setelah menjenguk ke dalam di dapati ada seorang pemuda berada di dalamnya. Pemuda tersebut masih belum sedar walaupun kubahnya telah diangkat ke darat kerana asyik bermunajat kepada Allah. Nabi Sulaiman memberi salam kepada pemuda tersebut. Pemuda tersebut menyambut salam dengan perasaan terkejutnya apabila melihat orang ramai sedang berada di situ. Nabi Sulaiman memperkenalkan dirinya kepada pemuda itu bahawa beliau adalah Nabi Allah Sulaiman. Pemuda itu bertanya "Dari manakan mereka ini dan bagaimana mereka datang?". Pemuda itu merasa hairan dan setelah menjenguk keluar dia mendapati bahawa kubahnya telah berada di darat. Nabi Sulaiman memberitahu pemuda itu bahawa mereka datang kerana diperintahkan oleh Allah untuk melihat keajaiban yang dikurniakan Allah kepadanya.

Setelah mendapat izin dari pemuda itu Nabi Sulaiman meninjau ke dalamnya untuk melihat benda yang ajaib yang dihiasi di dalamnya. Keindahan yang terdapat di dalam kubah itu sungguh menakjubkan. Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda tersebut bagaimana dia boleh berada di dalam kubah ini yang terletak di dasar laut. Pemuda tersebut menceritakan bahawa dia telah berkhidmat kepada kedua ibu bapanya selama 70 tahun. Bapanya seorang yang lumpuh manakala ibunya pula seorang yang buta. Suatu hari ketika ibunya hendak meninggal dunia, ibunya memanggilnya dan memaklumkan bahawa ibunya telah rela di atas khidmat yang diberikan olehnya. Ibunya berdoa kepada Allah supaya anaknya dipanjangkan umur dan sentiasa taat kepada Allah. Setelah ibunya meninggal dunia, tidak lama kemudian bapanya pula meninggal dunia. Sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya juga telah memanggilnya dan memaklumkan bahawa dia juga telah rela di atas khidmat yang diberikan olehnya. Bapanya telah berdoa sebelum meninggal dunia supaya anaknya di letakkan di suatu tempat yang tidak dapat diganggu oleh syaitan.

Doa kedua dua orang tuanya telah dimakbulkan oleh Allah. Pada suatu hari ketika pemuda tersebut bersiar-siar di tepi pantai ia terlihat sebuah kubah yang sedang terapung-apung di tepi pantai. Ketika pemuda tadi menghampiri kubah tersebut .

Ada suara menyeru supaya pemuda itu masuk ke dalam kubah tersebut. Sebaik sahaja ia masuk kubah dan meninjau di dalamnya tiba-tiba ia bergerak dengan pantas dan tenggelam ke dasar laut. Tidak lama kemudian muncul satu lembaga seraya memperkenalkan bahawa dia adalah malaikat yang di utuskan Allah. Malaikat itu memaklumkan bahawa kubah itu adalah kurniaan Allah kerana khidmatnya kepada orang tuannya dan beliau boleh tinggal di dalamnya selama mana dia suka, segala makan dan minum akan dihidangkan pada bila-bila masa ia memerlukannya. Malaikat itu memaklumkan bahawa dia diperintahkan Allah untuk membawa kubah tersebut ke dasar laut. Semenjak dari itu pemuda tersebut terus bermunajat kepada Allah sehingga hari ini.

Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu "Berapa lamakah kamu berada di dalam kubah ini" Pemuda itu menjawab "Saya tidak menghitungnya tetapi ia mula memasukinya semasa pemerintahan Nabi Allah Ibrahim a.s lagi". Nabi Sulaiman menghitung ". Ini bermakna kamu telah berada di dalam kubah ini selama dua ribu empat ratus tahun". Nabi Sulaiman berkata "Rupa mu tidak berubah malah sentiasa muda walaupun sudah dua ribu empat ratus tahun lamanya". Nabi Sulaiman bertanya pemuda itu samada dia mahu pulang bersamanya". Jawab pemuda tadi "Nikmat apa lagi yang harus aku pinta selain daripada nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada ku ini". Nabi Sulaiman bertanya"Adakah kamu ingin pulang ke tempat asal mu" Jawab pemuda itu "Ya, silalah hantar aku ke tempat asalku". Nasi Sulaiman pun memerintahkan Perdana Menterinya membawa kubah tersebut ke tempat asalnya.

Setelah kubah tersebut diletakkan ke tempat asal, Nabi Sulaiman berkata kepada kaumnya "Kamu semua telah melihat keajaiban yang dikurniakan oleh Allah. Lihatlah betapa besar balasan yang Allah berikan kepada orang yang taat kepada orang tuanya dan betapa seksanya orang yang menderhaka kepada kedua ibu bapanya". Nabi Sulaiman pun berangkat pulang ke tempatnya dan bersyukur kepada Allah Taala kerana telah memberi kesempatan kepadanya untuk menyaksikan perkara yang ajaib.

Monday, January 3, 2011

Permata Yang Dicari

ALHAMDULILLAH,,,syukur hambamu ini padamu ya ALLAH,,
tiada ungkpan lain yg dpat ku luahkn pd mse ini slain merafakkan setinggi- tinggi kesyukuran kpada mu,,
yg kekosongan tlah diisi,,yg kesepian tlah hdirnya tman,,
suci sekeping hati tlah membuahkn hsil yg sngat indah,,
harapanku,,moga perhubungan ini mendapat redha dri yang maha cinta,,
sentiase berada dalam peliharaanNYA,, dijauhkan drpd sebrang bntuk fitnah dan maksiat,,
krana sucinya perhubungan yg ingin d bina ini,,
tman ku,,tidak ku hrap kau sesempurna siti khadijah,,ainul mardiah,, mahupun puteri Balqis,,
ttapi cukuplah kau mncontohi mereka,,
dan ak tdaklah sempurna sperti yg kau dambakn,,
moga, dharap dpatlah kau menerima ku seadanya,,
moga perhubungan kita ini sebahagia Rasulullah dgn Siti Khadijah,, Sulaiman dgn Ratu Balqis,,mhupn Yusuf dgn Siti Zulaikha,,
moga dapat menjadi penyeri dunia ini,,
smoga kta berdua dapat menuju jalan yg diredhai ALLAH bersama- sama,,
sesungguhnya kaulah 
permata yang ku cari-cari serlama ini,,,