semakin aku meniti perjalanan di dunia ini, semakin aku rasa diri aku ini keseorangan..............

Thursday, November 24, 2011

Sabar Menjauhi Maksiat

10 NASIHAT IBNU QAYYIM  AGAR SABAR MENJAUHI MAKSIAT





  1. Hendaklah menyedari betapa buruk,hina dan rendahnya perbuatan maksiat. Memahami dan menyedari bahawa ALLAH mengharamkan serta melarangnya dalam rangka menjaga hamba daripada terjerumus ke dalam perkara-perkara yang keji dan hina.
  2. Berasa malu kepada ALLAH kerana sesungguhnya apabila seorang hamba menyrdari pandangan ALLAH yang selalu mengawasi dirinya dan menyedari betapa tinggi kedudukan ALLAH di matanya. Apabila dia menyedari bahawa perbuatannya dilihat dan di dengar ALLAH tentu sahaja dia akan merasa malu apabila dia melakukan perkara-perkara yang mendatangkan murka ALLAH.
  3. Sentiasa menjaga nikmat ALLAH yang dilimpahkan kepada kita dan mengingat sifat pengasih-Nya kepada kita. Barang siapa yang tidak bersyukur dengan nikmat yang di berikan ALLAH kepadanya, maka dia akan di seksa dengan nikmat itu sendiri.
  4. Berasa takut kepada ALLAH dan khuatir seandainya tertimpa hukuman-Nya.
  5. Mencintai ALLAH. Seorang kekasih tentu akan mentaati segala kehendak yang di sayanginya. Sesungguhnya maksiat itu muncul akibat lemahnya rasa cinta.
  6. Menjaga kemuliaan dan kesucian diri serta memelihara kehormatan dan kebaikannya.
  7. Memiliki kekuatan ilmu tentang betapa buruknya kesan perbuatan maksiat serta hinanya akibat yang timbul daripadaya. Ia terutama hati yang akan menyebabkan kemuraman wajah, kegelapan hati, sempitnya hati dan gundah gulana yang menyelimuti diri. Dosa hanya akan membuatkan hati menjadi mati.
  8. Menghapuskan angan-angan yang tidak berguna. Hendaklah setiap individu menginsafi bahawa mereka tidak akan tinggal selamanya di dunia. Segala dosa yang dilakukan sebenarnya hanya membahayakan dirinya dan sama sekali tidak akan memberikan manfaat apa-apa.
  9. Hendanya menjauhi sikap berlebihan dalam hal makan, minum, dan berpakaian. Sesungguhnya, besarnya dorongan untuk berbuat maksiat hanyalah muncul daripada sikap berlebihan dalam perkara-perkara berkenaan.
  10. Memiliki iman yang mantap dan tertanam kuat dalam hati seseorang individu.Kesabaran seorang hamba untuk menahan diri daripada perbuatan maksiat itu sangat bergantung dengan kekuatan imannya.

No comments:

Post a Comment